Tuesday, February 23, 2010

Kepentingan pengurusan masa yang efektif


Pepatah Arab ada menyatakan bahawa masa itu ibarat mata pedang jika kita tidak memotongnya dia akan memotong kita. Bayangkanah betapa pentingnya masa. Masa yang diberi dalam sehari ialah 24 jam tidak lebih dan tidak kurang terpulang kepada individu untuk menggunakannya dengan bijak. Pengurusan masa seharian amat penting dalam kehidupan kita. Masa untuk makan, berehat, beriadah, solat dan lain-lain haruslah disusun secara teratur agar masa dapat diuruskan dengan bijak dan efektif. Dalam kehiupan sehari-hari kita sebenarnya tidak boleh lari dengan jadual masa yang kita telah tetapkan sehari-hari.Tanpa sedar sebenarnya setiap hari kita telah mengatur jadual masa sendiri. Kita akan tahu bila masanya untuk makan, solat dan sebagainya.

Demi masa sesungguhnya manusia kerugian melainkan yang beriman dan beramal soleh. Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara. Sihat sebelum sakit. Muda sebelum tua. Kaya sebelu miskin. Lapang sebelum sempit dan hidup sebelum mati.”

Petikan lagu Demi Masa nyanyian kumpulan Raihan tersebut menunjukkan bahawa kita hendaklah menguruskan masa dengan sebaik-baiknya agar kita tidak terlewat dan menyesal di kemudian hari. Sebagai contoh kita menangguhkan kerja semasa berada dalam keadaan lapang dengan percaya bahawa esok masih ada tiba-tiba kita diberi tambahan kerja yang tidak dijangka. Sudah pasti kita akan berasa terbeban ditambah pula denga kerja tersebut perlu dihantar pada hari yang sama. Masa memberi pengaruh yang besar dalam kehidupan kita dari segi JERIS terutamanya iaitu jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.

Masa itu emas. Jika dibandingkan dengan jambatan emas Puteri Gunung Ledang sekalipun masa yang berlalu tetap tidak akan dapat diputarkan lagi. Masa bukan ibarat roda yang boleh diputarkan kehadapan dan kebelakang. Pengurusan masa yang efektif dapat mempengaruhi intelektual individu. Sebagai contoh pengurusan masa untuk membaca buku , mengulangkaji pelajaran, membuat assignment dan pergi ke kolej adalah sebahagian daripada aktiviti intelektual. Pengurusan masa yang berkesan dapat melahirkan individu yang cemerlang bukan sahaja didunia malahan diakhirat juga. Jika masa tidak diuruskan dengan bijak kita tidak akan dapat meningkatkan prestasi diri dalam bidang akademi. Diri tidak akan dapat dimajukan masyarakat akan menjadi dungu manakala negara pula akan menjadi porak-peranda tiada kesepakatan kerana dijajah oleh kuasa luar.

Solat itu merupakan tiang agama dan mencegah kita daripada melakukan kemungkaran. Melalui solat sahaja kita dapat tahu betapa pentingnya masa. Solat bukan sahaja membentuk disiplin diri agar kita menepati masa malahan solat juga merupakan makanan rohani bagi umat Islam. Pengisian kerohanian haruslah ada dalam jadual waktu individu. Rohani membentuk keperibadian diri seseorang. Sebagai contoh jika kita sibuk seharian bekerja tanpa mempedulikan azan berkumandang memanggil-manggil kita untuk pergi solat maka kita akan membiarkan rohani kita menjadi kosong. Kita mementingkan kerja daripada menunaikan ibadah wajib kepada Allah. Kadang-kadang kita lupa bahawa lalai menunaikan ibadah kepada Allah boeh menyebabkan kita diturunkan bala tanpa sedar. Kesusahan yang datang bertimpa-timpa. Hal ini kerana pengurusan masa yang kurang bijak boleh menyebabkan kita menjadi alpa. Aspek kerohanian tidak kita titik beratkan.

Emosi yang sihat dapat menjadikan seseorang itu produktif. Pengurusan masa yang teratur dapat menjadikan seseorang itu tidak tededah kepada tekanan. Jika seseorang itu menghadapi tekanan dia tidak akan dapat melakukan kerja dengan baik dan hasilnya kurang memberangsangkan. Sebagai contoh seorang pelajar tidak mahu pergi ke kolej dan berasa tertekan kerana dia tidak menyiapkan kerja yang diberikan oleh pensyarahnya. Hal ini menunjukkan bahawa pelajar tersebut kurang bijak dalam hal menguruskan masa. Kerja tidak dapat disiapkan dalam tempoh yang diberikankerna sesetengah individu suka membuat kerja bertangguh. Ada peribahasa yang menyatakan kerja bertangguh tidak akan menjadi. Tidak pergi ke kelas sehari bukan sahaja menyebabkan seseorang pelajar tertinggal apa yang dipelajari walaupun nota boleh disalin tetapi percakapan pensyarah didalam kelas tidak dapat diputarkan kembali. Hal ini kerana fakta-fakta penting selalunya keluar daripada mulut pensyrah ketika di dalam kelas.

Dalam aspek jasmani pula masa dapat dikaitkan dengan masa untuk makan, bersukan dan sebagainya. Ianya amat penting kerana jasmani berkait rapat dengan tubuh badan kita. Kesihatan tubuh badan amat penting bagi setip individu. Badan yang sihat akan menghasilkan otak yang cerdas. Melalui senaman misalnya kita akan dapat meningkatkan tahap kecergasan badan dan menjadikan jantung kita lebih sihat. Selain itu,masalah obesity iaitu berat badan berlebihan dapat ditangani dengan melakukan senaman. Makan secara sihat juga perlu diamalkan. Oleh sebab itulah adanya hadis yang menyatakan bahawa makan sebelum lapar berhenti sebelum kenyang. Sudah jelas didalam hadis ada menyatakan bahawa kita perlu mengawal pemakanan kita agar kita sentiasa berada dalam keadaan yang sihat. Selain itu, umat Islam juga perlu berpuasa pada bulan Ramadhan. Hal ini kerana kita peru merehatkan perut daripada makan terus menerus. Tidur yang banyak juga boleh menjejaskan aspek jasmanai. Kita tidak menjadi cergas dan sentiasa berada dalam keadaan yang tidak bersedia. Oleh itu, pengurusan masa juga amat penting dalam aspek pengurusan jasmani.

Pengurusan masa dalam kehidupan sosial juga amat penting. Sebagai contoh sekiranya kita adalah sebagai ahli perniagaan tidak menepati masa yang telah ditetapkan dengan pelanggan kemungkinan kita akan kehilangan projek yang bernilai jutaan ringgit. Bayangkan masa boleh menyebabkan kita rugi. Keidupan sosial haruslah dititik beratkan terutamanya ketika berhadapan masyarakat. Apa salahnya jika kita meluangkan sedikit masa untk berbual-bual dengan jiran tetangga dan mengambil tahu apa yang perlu. Hal ini kerana jika kita mempunyai sikap prihatin terhadap jiran tetangga dan rakan-rakan apabila kita berada didalam kesusahan ada yang akan membantu barulah amalan tolong menolong bagai aur dengan tebing dapat dijadikan tabiat masyarakat Malaysia. Tidaklah kita menjadi seperti kera sumbang tidak bergaul dengan orang lain serta mementingkan diri sendiri. Mana tahu suatu hari nanti apabila ketika kita memerlukan bantuan tiada siapa yang sudi menghulurkan kesan daripada sikap kita yang mementingkan diri.

Intihanya, kita hendaklah bijak membahagikan masa dan menggunakannya dengan sebaiknya. Hal ini kerana masa yang telah berlalu tidak dapat dikembalikan semula walaupun kita bergolok bergadai sekalipun. Setiap individu hendaklah tahu bahawa mereka mempunyai jadual masa tanpa mereka sedari. Masa boleh merubah seseorang individu menjadi lebih baik mahupun sebaliknya. Hargailah masa yang ada dan gunakanlah dengan sebaiknya agar kita tidak menyesal kelak.

Saturday, February 6, 2010

Rahsia dan Kelebihan pada SENYUMAN.


Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Adakah anda tersenyum membaca blog saya ini..? Senyumlah selagi bibir anda boleh mengukir sebuah senyuman. Di sini saya ingin berkongsi ttg rahsia di sebalik sebuah senyuman. Senyum bukan sahaja boleh menghilangkan ketegangan, stress, konflik dan sebagainya tetapi dengan senyuman ia membawa banyak manfaat kepada individu yg gemar mengukirkan senyuman di bibirnya..sama-samalah kita lalui hari ini dan akan datang dengan mengukir sebuah senyuman di bibir kita.

Mampukah anda senyum atau ketawa walaupun anda dalam kesedihan? Tentu sukar rasanya untuk berbuat demikian. Jika anda mampu sekalipun mungkin orang akan mengganggap anda ‘tidak siuman’.

Cuba amati antara wajah orang yang sentiasa ceria dan wajah orang yang sentiasa murung dan perhatikan juga mereka yang sentiasa tersenyum dan mereka yang tak pernah senyum ataupun payah untuk senyum apalagi untuk ketawa. Tentu sekali anda dapat melihat perbezaan. Wajah mereka yang ceria, sering tersenyum dan ketawa tentu sekali kelihatan berseri-seri dan tidak keterlaluan jika dikatakan nampak muda dari usianya yang sebenar.

Cuba anda perhatikan orang yang dilanda masalah misalnya dan ditambah pula hidupnya tak pernah putusditimpa pelbagai masalah. Tentu sekali wajahnya kelihatan murung, berserabut dan nampak tua dari usia sebenar. Jika demikian tidak boleh kah kita bersedih dan menangis? Tentu sekali boleh tetapi perlu ada tempohnya. Kala bersedih menangislah sepuas hati dan bersedihlah semahunya. Mungkin seminggu, dua minggu atau sebulan anda berada dalam keadaan demikian dan selepas itu anda perlu berbuat sesuatu bagi meneruskan hidup.

Seseorang yang dapat menerima dirinya sakit dan hidup sememangnya ada masalah lalu menerima keadaan sedemikian dengan tenang dan masih mampu tersenyum sebenarnya mempunyai tindak balas lebih baik terhadap rawatan yang diberikan.

15 fakta menarik mengenai senyuman;

1. Para saintis mendapati senyum dan ketawa merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.

2.
Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupaya menceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut 'tersenyum' dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.

3. Apabila darah yang 'sudah sejuk' ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan 'gembira'. Selain itu,
apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.

4. Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut
mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.

5.
Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar dengupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa.

6. Anda juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang dewasa. Justeru tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan.

7. Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis 'stress' iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik.
Senyum dan ketawa dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.

8. Dalam kajian di atas, dua kumpulan orang dewasa telah digunakan sebagai eksperimen. Kumpulan pertama dipertontonkan cerita-cerita lucu manakala kumpulan kedua diletakkan disebuah bilik tanpa berbuat apa-apa. Sampel darah diambil 10 minit sebelum dan selepas kajian dibuat. Dari keputusan sampel darah tersebut, kumpulan pertama didapati peningkatan hormon semakin baik seperti hormon 'endorphins' dan hormon 'neurotransmitters' dan penurunan tahap hormon stress 'cortisol' dan 'adrenaline' .

9.
Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit).

10.
Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung.

11.
Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser. Pusat Perubatan Universiti Maryland menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40 peratus orang yang mengidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat.

12. Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan.
Ketawa 'mengurut' organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi; membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.

13.
Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan. Ada juga yang percaya ketawa boleh membakar kalori seperti kita bersenam beberapa minit.

14. Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh,
dalam ajaran Islam sendiri mengatakan senyum itu satu sedekah. Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik. Senyum tidak perlu modal, sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan sesebuah ikatan.

15. Pujangga menyebut :
"
SENYUM ITU KELOPAK. KETAWA ITU BUNGA YANG SEMPURNA KEMBANGNYA".

Semoga anda mendapat manfaat daripadanya..Terima kasih kerana membaca..:)

Saya telah membaca satu akhbar tempatan berkenaan ciuman,

Lalu saya terjumpa satu kisah lucu..

Semoga anda terhibur…

LISA: Berapa harga semeter kain ni?

PENJUAL: Harga 1meter cuma 1ciuman

LISA: Baiklah..bagi saya 10meter..

PENJUAL: (gembira)…ni dah siap sepuluh meter kain..bayarannya???

LISA: Jap,nenek saya akan bayarkan..(sambil menunjuk ke arah neneknya)

Ini adalah hiburan sahaja..tak ada kaitan dgn yg hidup ataupun telah meninggal dunia..semoga terhibur..hehee

ROKOK, "Setiap Sedutan, Membawa Padah"

Assalamualaikum dan selamat sejahtera...saya ada terbaca satu info ttg bahaya merokok dan kesannya kepada kesihatan..saya harap perkongsian ini dapat memberikan kita input yg berguna dan menjadikan diri kita lebih baik dari sebelumnya..selamat membaca..:)

Artikel & Info Kesihatan : Kesan & Akibat Tabiat Merokok. Bahaya Kandungan Rokok Kepada Perokok & Orang Di Sekeliling

Pengenalan
Tembakau yang menjadi bahan utama dalam rokok, telah diperkenalkan secara menyeluruh, termasuk ke dunia Islam, oleh penjajah Barat yang beragama Kristian, dan ianya belum pernah dikenali di zaman Nabi Muhammad s.a.w. Di kalangan masyarakat beratus tahunterdahulu, tembakau dihisap bukan sahaja untuk bersukaria tetapi sebagai satu acara dalam upacara kebudayaan dan keagamaan. Pada umumnya umat Islam tidak merokok melainkan kerana terpenggaruh kepada orang Barat yang menjajah mereka.

Hari ini, merokok adalah suatu kebiasaan yang diterima secara meluas dalam masyarakat kita, sehingga kadangkala ia dipandang sebagai satu norma yang membanggakan. Anggapan palsu ini terhasil apabila golongan yang mudah terpedaya dengan budaya asing, terutamanya yg dipaparkan melalui media massa, ingin pula bergaya demi mencapai status kecanggihan serta keunggulan yang kononnya dikaitkan dengan merokok. Malah tabiat suka meniru dan menyeleweng dari jalan yang benar adalah sesuatu yang kian menguasai anak-anak kaum Muslimin di zaman ini.

Hadith Rasullullah s.a.w. :

1. "Bezakan diri mu dari kaum Musyrikin" ( Al-Bukhari & Muslim)

2. "Bukan dari golongan kita, siapa yang menyerupai orang yang bukan dari kita. Jangan mengikut-ikut kaum Yahudi dan Nashrani" (At-Termidzi)

3. "Barangsiapa yang meyerupai sesuatu kaum, maka dia terkira dari golongan itu" (Abu Daud)

Kandungan Berbahaya Dalam Rokok (Fakta)
Setiap batang rokok yang dinyalakan akan mengeluarkan lebih 4 000 bahan kimia beracun yang membahayakan dan boleh membawa maut. Dengan ini setiap sedutan itu menyerupai satu sedutan maut. Di antara kandungan asap rokok termasuklahbahan radioaktif (polonium-201) dan bahan-bahan yang digunakan di dalam cat (acetone), pencuci lantai (ammonia), ubat gegat (naphthalene), racun serangga (DDT), racun anai-anai (arsenic), gas beracun (hydrogen cyanide) yang digunakan di "kamar gas maut" bagi pesalah yang menjalani hukuman mati, dan banyak lagi. Bagaimanapun, racun paling penting adalah Tar, Nikotin dan Karbon Monoksida.

Tar mengandungi sekurang-kurangnya 43 bahan kimia yang diketahui menjadi penyebab kanser (karsinogen). Bahan seperti benzopyrene iaitu sejenis policyclic aromatic hydrocarbon (PAH) telah lama disahkan sebagai agen yang memulakan proses kejadian kanser.

Nikotin, seperti najis dadah heroin, amfetamin dan kokain, bertindak balas di dalam otak dan mempunyai kesan kepada sistem mesolimbik yang menjadi punca utama penagihan. Sindrom ketagihan terhadap nikotin yang ditunjukkan dengan gejala gian, tolerans dan tarikan, adalah mungkin lebih hebat berbanding najis dadah. Malah daripada kajian saintifiknya nikotin itu juga sejenis najis dadah, sepertimana yang telah diiktiraf oleh dunia perubatan. Seseorang yang kehabisan rokok kadangkala berkelakuan seperti mengalami gangguan akal dan dalam keadaan yang amat tertekan sekali. Oleh itu terlalu sukar untuk sesiapa yang telah terjerat dengan ketagihan merokok, meninggalkan tabiat itu untuk selamanya, kecuali dengan ikhtiar yang serius dan kehendak Allah jua.

Nikotin turut menjadi punca utama risiko serangan penyakit jantung dan strok. Hampir satu perempat mangsa pesakit jantung adalah hasil punca dari tabiat merokok. Di Malaysia, sakit jantung merupakan menyebab utama kematian sementara strok adalah pembunuh yang keempat.

Karbon Monoksida pula adalah gas beracun yang biasanya dikeluarkan oleh ekzos kenderaan. Gas ini menjejaskan bekalkan oksigen ke tisu-tisu hingga ianya menjadi terencat dan akhirnya boleh menyebabkan maut sekiranya paras karbon monoksida di dalam badan melebihi 60%.

Apabila racun rokok itu memasuki tubuh manusia ataupun haiwan, ianya akan membawa kerosakkan pada setiap organ disepanjang laluannya, iaitu bermula dari hidung, mulut, tekak, saluran pernafasan, paru-paru, saluran penghazaman, saluran darah, jantung, organ pembiakan, sehinggalah ke saluran kencing dan pundi kencing, iaitu apabila sebahagian dari racun-racun itu dikeluarkan dari badan.

Kesan Asap Rokok Kepada Si Perokok Dan Orang Disekeliling
Si perokok bukan sahaja perlu bertanggungjawab pada diri sendiri tetapi turut bertanggung jawab pada orang disekeliling akibat daripada bahaya asap rokok. Asap rokok yang dihidu oleh perokok atau mereka yang berada di sekelilingnya, akan memasuki rongga mulut dan hidung melalui kerongkong ke paru-paru. Kandungan asap rokok akan menyebabkan kerosakan tisu di sepanjang perjalanan di ruang ini. Ia boleh menyebabkan pelbagai penyakit di mulut, kerongkong, paru-paru dan barah. Asap akan melalui saluran pernafasan ke dalam paru-paru dan merosakkan saluran bronkus, menyebabkan bronkitis, penyakit di bahagian paru paru. Ia juga akan merosakkan pundi udara dalam paru-paru (alveoli) dan menyebabkan penyakit emfisima.

Asap rokok yang dihidu juga akan melalui saluran penghadaman dan pencernaan, yang boleh menyebabkan pelbagai penyakit di bahagian esofagus, perut dan pankreas.

Racun dalam asap rokok yang larut air akan memasuki sistem saluran darah dan dibawa ke seluruh badan. Bahan nikotin, bukan saja memberi sifat ketagihan, malah menyebabkan saluran darah arteri menjadi sempit. Ia juga merosakkan dinding arteri dan akan memudaratkan organ berkaitan.

Kesan ini, dalam jangka panjang, akan menyebabkan simptom kebas pada kaki, jari, migrain, sakit kepala, pedih ulu hati, kekejangan otot kaki, serangan penyakit jantung dan sebagainya.

Racun rokok akhirnya disaring dalam buah pinggang dan dihapuskan dari badan melalui air kencing. Dalam proses ini pula, berlaku satu lagi keracunan hasil penguraian kimia asap rokok yang turut merosakkan buah pinggang. Racun dalam air kencing juga menyebabkan kerosakan pundi kencing.

Racun akibat merokok juga mempunyai kesan tindak balas terhadap ubat-ubatan. Secara umum diketahui merokok boleh menjejaskan fungsi beberapa kumpulan enzim di hati dan ada kalanya ia boleh memperhebatkan kesan sampingan sesuatu ubat itu.

Kesan Asap Rokok Terhadap Isteri Perokok Adalah :
- Melahirkan bayi yang kurang berat badan
- Melahirkan bayi yang tidak cukup bulan
- Lebih terdedah kepada kanser
- Mengurangkan kesuburan dan putus haid awal

Kesan Asap Rokok Terhadap Anak Perokok :
- Lebih mudah mendapat lelah
- Mendapat jangkitan paru-paru
- Pertumbuhan paru-paru kanak-kanak terganggu
- Mudah menjadi perokok apabila dewasa kelak

Statistik Kematian Akibat Tabiat Merokok
Di Malaysia, merokok menyumbang kepada lebih 10,000 kematian setahun; 30 peratus daripadanya disebabkan 10 jenis kanser, iaitu paru-paru, mulut, esofagus, tekak, pankreas, pundi kencing, buah pinggang, serviks, kolon dan perut, 50 peratus kematian berpunca daripada sakit jantung dan strok dengan pecahan 25 peratus masing-masing.

Menurut Dr Sallehudin, lebih 100,000 perokok dimasukkan ke hospital kerajaan di seluruh negara akibat sakit jantung, kanser dan penyakit sekatan pulmonari kronik (COPD) dan lebih penting, negara mengalami kerugian kira-kira RM20 bilion setahun bagi menanggung kos rawatan dan kehilangan produktiviti.


Faedah Berhenti Merokok
- Hidup lebih lama
- Dapat menghindari racun
- Dapat melindungi diri, keluarga dan orang lain daripada bahaya merokok
- Menjadi teladan yang baik kepada anak-anak
- Dapat meningkatkan kecergasan serta memiliki tubuh yang sihat
- Meningkatkan deria rasa dan bau
- Gigi lebih putih dan nafas lebih segar
- Dapat mengelakkan budaya membazir dengan menggunakan wang untuk membeli rokok kepada tujuan yang lebih baik dan bermanfaat.


Gunakan Kaedah Yang Betul Untuk Berhenti Merokok
- Tetapkan tarikh untuk berhenti merokok
- Yakinkan diri
- Buat nota peringatan
- Katakan pada diri anda, "Aku bukan perokok"
- Tumpukan pada hari ini
- Sentiasa berfikiran positif
- Dapatkan sokongan
- Lawan keinginan untuk merokok
- Gunakan Terapi atau rawatan yang sesuai
- Amalkan Petua 10 M untuk berhenti merokok


Rawatan Untuk Berhenti Merokok

Vibration Liquid Chlorophyll (Minuman Klorofil Alfalfa)
Membantu menyingkirkan segala racun dan toksik di dalam tubuh akibat kandungan rokok yang merbahaya. Sangat baik diamalkan seisi keluarga.

Friday, February 5, 2010

Siapakah sebenarnya orang yang berilmu..?

Hari ini saya ada satu maklumat baru untuk dikongsi bersama anda semua. Saya memperoleh maklumat ini daripada sebuah rancangan televisyen yang mengandungi banyak segmen menarik dan berinformasi yang akan dibincangkan pada hari ini. Salah satu segmen yang menarik pada hari ini ialah tentang isu graduan yang menganggur.

Salah seorang motivator iaitu Dr. Mohd. Shafie Md. Amin telah dijemput dalam segmen bertajuk SIAPAKAH SEBENARNYA ORANG YANG BERILMU. Di Malaysia, semua orang menganggap orang yang berpelajaran tinggi itu berilmu dan dipandang mulia. Semudah itu label BERILMU diletak kepada seseorang manusia. Tetapi kenapa ada orang yang berpelajaran tinggi bunuh diri? Mendera anak? dan melakukan pelbagai lagi perbuatan yang layak dilakukan oleh orang yang bodoh atau gila sahaja. Di sini lah terlihatnya perbezaan antara orang hanya memiliki ilmu teknikal dengan orang yang memiliki ilmu kepimpinan dan pengurusan.

Kajian yang dilakukan oleh Harvard Business School mendapati bahawa 85% daripada kejayaan individu dan organisasi bergantung kepada ilmu peraturan alam dan sikap (pengurusan dan kepimpinan). Dan hanya 15% disumbang oleh ilmu teknikal. Di manakah ilmu kepimpinan dan pengurusan ini dapat diperolehi sedangkan di sekolah-sekolah, 85% ilmu yang disampaikan adalah ilmu teknikal? Hal ini berlarutan hinggalah ke menara gading yang menyebabkan para graduan terbiasa dengan kaedah pembelajaran secara menghafal dan memuntahkannya di atas kertas peperiksaan hingga menyebabkan mereka rasa kekok untuk mencari pekerjaan sendiri di dunia sebenar atau dengan erti kata lain, hidup berdikari dan bersaing.

Menurut Dr. Mohd. Shafie, punca para graduan Malaysia menganggur adalah kerana mereka kurang kreatif untuk melakukan sesuatu pekerjaan yang menyebabkan mereka mengharapkan pekerjaan itu disediakan oleh pihak kerajaan dan swasta. Yang kedua, berpunca daripada para graduan yang kurang dilatih dengan ilmu kepimpinan dan pengurusan yang datangnya daripada Al-Quran. Kekurangan penghayatan dengan kitab Al-Quran menyebabkan ramai pelajar megharapkan pendidikan sekular yang mereka perolehi membantu mereka untuk hidup senang dan kaya raya kelak.

Wakil daripada Kementerian Sumber Manusia turut dijemput untuk mengulas isu graduan menganggur dan mereka menyatakan bahawa dalam keadaan ekonomi yang agak gawat kini, tidak mustahil para graduan boleh mendapat pekerjaan yang sesuai asalkan tidak memilih. Walau apapun kerajaan tidak dapat menjanjikan peluang pekerjaan yang banyak kepada para graduan buat masa ini dan menasihatkan para graduan supaya melihat sebuah dimensi baru dalam alam kerjaya.

So, macam mana kepada para graduan di luar sana, pilihan terletak di tangan anda sama anda untuk memberanikan diri mencari dan melakukan sebarang pekerjaan (asalkan halal) atau menunggu bulan jatuh ke riba iaitu dengan erti kata lain menunggu pekerjaan datang kepada anda. Pekerjaan kita sebenarnya tidak semestinya menggambarkan kelulusan kita. Ya, ijazah itu penting kerana Knowledge is Power. Tetapi ia hanya akan jadi Power jika kita kreatif menggunakannya ke jalan yang betul dan diredhai tuhan. Akhir kata Dr. Mohd. Shafie, jadilah orang yang berilmu dengan erti kata sebenar kerana ramai tokoh korporat sebenanrnya lahir daripada mereka yang kurang ilmu teknikal tetapi kaya dengan ilmu kepimpinan dan pengurusan.

Semoga anda mendapat manfaat di atas perkongsian ini..:)

Tips Pengurusan Masa

Keupayaan anda untuk menguruskan masa ialah asas yang paling penting, dan saya yakin ianya lebih penting daripada keupayaan anda untuk membuat penyata aliran tunai. Berikut adalah beberapa tips ringkas dalam pengurusan masa :

1. Mitos tentang masa – Anda diberi 24 jam sehari. Masa tidak akan berubah, yang boleh berubah ialah anda sendiri. Jadi andalah yang tahu, apa yang anda hendak buat dengan 24 jam itu.

2. Ke mana masa terbuang anda – Buat kajian untuk diri anda sendiri, ke mana msa terbuang anda dan apa yang anda lakukan. Kurangkan penggunaan masa untuk benda yang tidak penting dan gunakannya untuk perkara yang lebih produktif.

3. Lakukan jadual harian – Setelah mengambil kira masa terbuang anda, lakukan jadual harian. Berdisplin dan jujur dengan diri anda. Sekarang ini, banyak perisian yang direka dan boleh digunakan untuk membuat jadual harian seperti Outlook, malah ia boleh mengingatkan kita terhadap sesuatu perkara.

4. Keutamaan – berikan keutamaan kepada perkara yang lebih penting.
Lakukan had masa untuk sesuatu perkara -Misalnya, membaca dan membalas email, blog atau menjawab panggilan telefon boleh memakan masa anda selama sehari jika anda biarkannya. Sebaliknya, anda lakukan had sempadan masa yang perlu anda luangkan untuk perkara ini cth. 1/2 untuk semua itu.

5. Pastikan sistem anda teratur – Kepada para pelajar ini sangat penting. Pengurusan masa juga memerlukan sistem yang teratur dalam segi sistem pemfailan. Susun nota-nota dalam fail mengikut subjek. Jika di dalam komputer, susun dalam folder yang berkaitan.

6. Jangan membuang masa dengan menunggu – Elakkan menunggu seseorang ataupun untuk sesuatu benda. Tetapkan masa yang tepat. Jika membuat janji, pastikan janji ditepati pada yang ditetapkan. Jangan lambat. Jika anda ada masalah yang penting, diharap dapat dihubungi dengan segara. Sekarang inikan, ada kemudahan handphone.

Jika anda mahir tentang pengurusan masa, keadaan masa anda akan terkawal dan anda boleh buat apa yang anda mahu kecapi setiap hari. Semoga berjaya..:)

Monday, January 25, 2010

SDASA HEBAT..

Pada 22, 23 n 24 januari lalu aku n my team buat Program Kepimpinan dkt SMK Dato' Abd Samad, Port Dikcson..Program ni dijalankan utk menyempurnakan tugasan bg kursus Pengurusan n Perkhidmatan Bimbingan Kaunseling...Penat gilerr..tpi xpe kepenatan aku n kwn2 yg lain berbaloi cuz program ni memang mendapat pujian yg melambung oleh pengetua sekolah tersebut. Pegawai PPD yg merasmikan mjlis penutup pgram tersebut turut memuji persembahan yg ditunjukkan oleh kumpulan aku..Program ni melibatkan student seramai 105 orang yg terdiri drpd pengawas, ketua tingkatan dan exco asrama..Kumpulan aku terdiri drpd 8 orang iaitu aku, zaki, kery, may, ila, aeno, shahida n ina..Setiap org dikehendaki handle 1 slot, ktorg buat mcm Encik Aziz handle..maklumlah Encik Aziz kan 'sifu' kitaorg..ank didik Encik Aziz mestilah mengikut gaya mentornya..hehee..

Masing2 dikehendaki handle 1 slot..Aktiviti dimulakan dengan May handle 'ice breaking', shahida handle ujian psikometrik, ina handle komunikasi PAC, Kery handle kembarun, Aeno pulak sibutaku syg then aku handle pengurusan stress, zaki handle Pulau Bakun n the lastly Ila handle Subconcious..Setiap kali slot mesti ada cikgu yg turun padang pantau pgram yg kitaorg buat..ktorg sbnrnya risau takut xdpt buat persembahan yg baik..namun persepsi awal tdk selalunnya betul..berkat kerjasama n kesungguhan yg ditunjukkan oleh setiap ahli, ktorg berjaya membuktikan bahawa produk drpd UPSI sememangnya yg TERBAIK dan HEBAT sekali gus membuka mata mereka tentang kebolehan mahasiswa n mahasisiwi UPSI..kitaorg terkejut apabila setiap drpd kami dipanggil naik ke pentas utk mengambil sijil dan hadiah yg disediakan oleh pihak sekolah..Kami juga diberi sedikit wang oleh pihak sekolah..perkara yg memang kami tdk jangkakan lgsg..tp xpelah jimat sket duit minyak kereta.hehee..

Semasa nk berpisah nga bdk2 sekolah ni rasa cam sedih plak..maklumlah hubungan ktorg nga bdk2 skolah ni dh jelekit..dh mcm abang, kakak dgn adik je..Pemimpin SDASA memang HEBAT..harap suatu hari nanti dapat bt pgram kat skolah ni lagi..How r u...?fantastic o yeaahhhh...msh terbayang lagi ayat pemimpin pelajar SDASA...


Tuesday, January 19, 2010

Tips belajar yang berkesan

Setiap pelajar inginkan apa yang dipelajari itu akan mendatangkan kesan. Belajar secara berkesan bukanlah dikira jumlah jam belajar atau berapa banyak perkara yang dapat dihafal. Belajar secara berkesan perlulah mengandungi 3 komponen tindakan yang dapat dilihat seperti rajah berikut:

1. Mengulangkaji: Kebiasaannya apabila menyebut perkataan ulangkaji ramai pelajar menganggapkan tindakan yang perlu dilakukan hanyalah terhad pada pembacaan sahaja. Tindakan mengulangkaji sebenarnya dapat dilakukan dengan beberapa cara termasuk menyemak semula apa yang telah dipelajari, memahami konsep, menghafal formula atau istilah yang penting, menganalisis isi-isi penting atau mengenal pasti kelemahan dan kekeliruan yang dihadapi serta mencatat semula isi-isi tersebut dalam bentuk nota ringkas, peta minda, peta konsep atau pengurusan grafik.

2. Merujuk: Merujuk bahan tambahan, bertanya dengan guru atau berbincang dengan rakan adalah amat penting dalam proses mengulangkaji. Rujukan boleh dilakukan melalui bahan cetak seperti buku rujukan, akhbar dan majalah. Pendidikan Utusan adalah merupakan satu contoh yang baik sebagai bahan untuk pelajar-pelajar membuat rujukan. Rujukan juga boleh dibuat melalui laman web seperti Portal Pendidikan Utusan (www.tutor.com.my) yang secara khusus memberi maklumat tentang mata pelajaran utama peperiksaan awam. Rujukan juga boleh dibuat melalui laman web yang mengandungi maklumat yang boleh dicari melalui enjin pencari maklumat (contoh: www.yahoo.com)

3. Membuat latihan: Latihan boleh dilakukan dalam bentuk latih tubi, kuiz, soal jawab atau menganalisis soalan-soalan tahun lalu serta merangka jawapannya.

Ketiga-tiga komponen di atas perlulah diintegrasikan agar proses belajar dapat dialami secara lebih berkesan tanpa berasa bosan, tertekan atau mengantuk.

Perbincangan dalam kelas

Cari satu tajuk pelajaran untuk diulangkaji. Berdasarkan 3 komponen di atas, rancangkan bagaimana proses belajar secara berkesan ini dapat dilaksanakan.