Friday, February 5, 2010

Tips Pengurusan Masa

Keupayaan anda untuk menguruskan masa ialah asas yang paling penting, dan saya yakin ianya lebih penting daripada keupayaan anda untuk membuat penyata aliran tunai. Berikut adalah beberapa tips ringkas dalam pengurusan masa :

1. Mitos tentang masa – Anda diberi 24 jam sehari. Masa tidak akan berubah, yang boleh berubah ialah anda sendiri. Jadi andalah yang tahu, apa yang anda hendak buat dengan 24 jam itu.

2. Ke mana masa terbuang anda – Buat kajian untuk diri anda sendiri, ke mana msa terbuang anda dan apa yang anda lakukan. Kurangkan penggunaan masa untuk benda yang tidak penting dan gunakannya untuk perkara yang lebih produktif.

3. Lakukan jadual harian – Setelah mengambil kira masa terbuang anda, lakukan jadual harian. Berdisplin dan jujur dengan diri anda. Sekarang ini, banyak perisian yang direka dan boleh digunakan untuk membuat jadual harian seperti Outlook, malah ia boleh mengingatkan kita terhadap sesuatu perkara.

4. Keutamaan – berikan keutamaan kepada perkara yang lebih penting.
Lakukan had masa untuk sesuatu perkara -Misalnya, membaca dan membalas email, blog atau menjawab panggilan telefon boleh memakan masa anda selama sehari jika anda biarkannya. Sebaliknya, anda lakukan had sempadan masa yang perlu anda luangkan untuk perkara ini cth. 1/2 untuk semua itu.

5. Pastikan sistem anda teratur – Kepada para pelajar ini sangat penting. Pengurusan masa juga memerlukan sistem yang teratur dalam segi sistem pemfailan. Susun nota-nota dalam fail mengikut subjek. Jika di dalam komputer, susun dalam folder yang berkaitan.

6. Jangan membuang masa dengan menunggu – Elakkan menunggu seseorang ataupun untuk sesuatu benda. Tetapkan masa yang tepat. Jika membuat janji, pastikan janji ditepati pada yang ditetapkan. Jangan lambat. Jika anda ada masalah yang penting, diharap dapat dihubungi dengan segara. Sekarang inikan, ada kemudahan handphone.

Jika anda mahir tentang pengurusan masa, keadaan masa anda akan terkawal dan anda boleh buat apa yang anda mahu kecapi setiap hari. Semoga berjaya..:)

No comments:

Post a Comment